Iklan: Light Stroller to let go

Stroller to let go

Lucky Baby PICNIC™ Super Light Stroller

Product Information
-For 6 month to 18kg
-Flat Slim Lock, Auto Lock
-With Canopy, extendable seat pad, basket, side pouch, carry strap-Back wheel with breaks
-5 point safety belts buckle seat (Open Touch Open™ Clip)
-4.5 kg

Leave a comment »

Kebaikan belajar sambil bermain kepada kanak-kanak

Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya (samada di rumah, di playground etc), memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain.

Meneroka keadaan sekelilingnya

Dengan bermain, kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain, mereka akan dapat membina pola dan membina skema mereka sendiri. Terutama bagi kanak-kanak bertatih, mereka akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling.

Membina Skil fizikal

Terdapat dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya kemahiran motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti melompat, berbasikal, naik turun tangga, memanjat, menari, bergayut dan lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini seperti menguntai manik, bermain pasir, menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal.

Kedua-dua kemahiran ini perlu seimbang supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.

Membina Kemahiran Kognitif

Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak yang kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang daripada aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang penting adalah seperti penyelesaian masalah (contoh aktiviti: permainan blok, membina istana daripada pasir dsb), kreativiti (lukisan, tarian), fokus, ingatan dan inovasi.

Membina kemahiran emosi

Untuk menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang stabil. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan org lain, meluahkan perasaan sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.

Membina kemahiran sosial

Kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa. Bagaimanapun kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai2 murni daripada situ.

Leave a comment »

Belajar sambil Bermain

Sebenarnya kanak-kanak paling banyak belajar apabila dia bermain.

Berikut adalah link untuk maklumat belajar sambil bermain: http://www.earlychildhoodnews.com/earlychildhood/article_view.aspx?ArticleID=591

Leave a comment »

Teori-teori pendidikan: Behaviorist vs Constructivist

Ura-ura peperiksaan UPSR dan PMR hendak dimansuhkan sebenarnya disambut gembira dan meriah oleh saya sendiri (dan saya percaya orang lain juga!). Ini kerana banyak penambahbaikan telah dibuat pada level pra sekolah, tetapi banyak telah terbantut gara-gara sistem pelajaran yang lebih berorientasikan peperiksaan!

Di bawah saya paparkan sedikit artikel berkenaan teori behaviorist dan constructivist. Untuk kesimpulan:

Behaviourist

Bersifat teacher-centered (apa yg banyak dilaksanakan di peringkat sekolah dan tadika (some of them) yg mana semua info daripada guru semata-mata. Kaedah drilling tu banyak guna kaedah inilah. Sebenarnya kaedah behaviorist ni boleh juga digunakan, tetapi pada masa guru hendak mengajar topik baru sahaja.

Constructivist

Bersifat student-centered, pelajar diberi peluang untuk membuat sendiri dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri serta bahan2 pembelajaran disediakan oleh guru.

Kedua-dua kaedah inilah yang akan digunakan dalam Al-Baghdadi Playtime dimana:

1. Guru akan mengajar berkenaan topik terlebih dahulu.

2. Pelajar akan diberi peluang mencuba (menggunakan alat ketuk dan lain-lain peralatan).

3. Pengukuhan melalui aktiviti permainan.

Mengapa aktiviti permainan?

Kerana kanak-kanak dari umur baru lahir hingga 8 tahun lebih efektif belajar melalui bermain.

Sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Learning_theory_(education) untuk lanjut tentang teori pendidikan.

Leave a comment »

Al-Baghdadi – Teknik membaca Al-Quran Alaf Baru?

Assalamualaikum

Memang agak lama saya tidak update blog ni (memang lama yg amat!) akibat kesibukan dengan belajar ni (alasan ka?). Tapi memang betul pun, saya bekerja 8.30am – 5.30 petang daripada Isnin hingga Jumaat dan hari Sabtu pula sehari suntuk saya ada kelas.

Sebetulnya sekarang saya di semester akhir Dip Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak (alhamdulillah dah nak habis!). Saya memang merindui hari sabtu yang kosong.

Sedikit itu saja berkenaan kehidupan saya. Apa yang nak saya kongsikan di sini ialah satu kaedah baru pengajaran membaca Al-Quran (orang2 dulu sebut sebagai mengaji).

Teknik ni diperkenalkan kepada saya oleh junior saya semasa di UTP dulu. Dan rupa2nya beliau salah seorang penggubal kad al-baghdadi ni bersama-sama pengasasnya Ust Jalal. Saya mengikuti kursus perunding Al-Baghdadi dengan jayanya 2 bulan lepas. Dan saya juga telah mencuba kaedah ini dengan anak2 saudara saya.

Teknik Al-Baghdadi ini adalah berkenaan bunyi. Dan ia menggunakan satu alat ketuk utk mendisiplinkan bunyi (maknanya kalau takde alat ketuk, boleh juga baca, tp susah sikit nak disiplinkan bunyi). Teknik ini sebenarnya dah agak terkenal, cuma saya sedang mencuba utk menjadikannya AL-BAGHDADI PLAYTIME.

Set al-baghdadi ni ada:

ni buku tamhid

ni pula alat ketuk

ini pula set kad al-baghdadi yg direka khusus utk kanak-kanak

Apa pula playtime (lebih terkenal dgn nama playgroup)?

Definisinya (mengikut http://www.ldoceonline.com/Pre+School-topic/playgroup)

play‧group , play group [uncountable and countable]

1 British English a type of school where children between two and four years old meet to learn and play [= preschool American English]

a playgroup at the community centre

2 American English a group of children, usually between two and four years old, whose parents meet each week so that the children can play together.

Jadi berdasarkan definisi di atas, playgroup yang ingin saya laksanakan ini merangkumi:

1. Adalah satu sesi kanak-kanak di antara 4 – 8 tahun untuk belajar dan bermain ke arah keupayaan untuk membaca Al-Quran. (umur kurang 4 tahun pun boleh, tapi seboleh-bolehnya pastikan anak-anak sudah boleh bercakap lancar).

2. Ia merangkumi 52 jam silibus (seboleh-bolehnya 3 jam seminggu) yang mana silibusnya di ambil daripada teknik Al-Baghdadi sendiri.

3. 1 jam pembelajaran merangkumi: 30 minit pembelajaran + 30 minit main = 1 jam

4. Kaedah permainan yang dimasukkan ini akan menjadikan kanak-kanak enjoy, seronok dan tidak jemu belajar Al-Quran (berbeza dengan kaedah tradisional).

5. Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membina dan memantapkan tahap kognitif (merangkumi kreativiti, inovasi, menyelesai masalah, ingatan dan fokus) di mana kaedah tradisional (secara drilling) tidak mampu memenuhinya.

6. Memberikan peluang untuk memaksimakan kebolehan kanak-kanak dari segi motor halus dan motor kasar, skil sosial dan emosi kerana playgroup adalah berkaitan dengan perkumpulan, justeru mendedahkan mereka kepada kawan-kawan, tolak ansur dan bekerjasama.

7. Kumpulan yang kecil (nisbah guru:pelajar adalah 1:10) sebagaimana disarankan dalam kualiti pendidikan awal kanak-kanak (semakin muda umur seseorang kanak-kanak, semakin kecil bilangan ahli kumpulan).

Memandangkan saya bekerja, masa adalah sangat terbatas terutama perlu meluangkan masa sebaik mungkin dengan anak bujang saya yg baru berumur 2.5 tahun itu. Buat masa ini saya akan mengendalikan kelas setiap Isnin malam jam 8 malam di kediaman saya.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut, 012-2195919.

Raihanah

Leave a comment »

Testimony kurus

Sebenarnya niat saya hendak menguruskan badan sudah lama, tetapi terbantut disebabkan masih breastfeed, dan saya tak boleh kalau skip makan. Boleh menyebabkan kurang tenaga dan susu. Disamping itu, nafsu makan pun mmg kuat benar. Justeru tak hairanlah berat pun makin bertambah.

Bagaimanapun bulan puasa yang lalu saya ada cuba produk herbalife. Untuk sebulan saya cuba, turun 5kg. Tp kemudian statik macamtu. Mak saya pula kata saya makin gemuk. Saya stop herbalife.

Kemudian saya sign-up keahlian Agel. Tujuan utamanya untuk breastfeeding dan vitamin untuk anak saya yang batuk dan selesema (prolonged cough). Ada juga utk kurus rupanya, guna FIT atau EXO (utk nursing mommies). Jadi selama 2 minggu saya ambil EXO (sebelum makan pagi tiap2 hari), alhamdulillah ada juga perubahan pada alat timbang tu.

Saya turun 1kg dlm 2 minggu tanpa perlu kontrol makan! Bagus kan… ini meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus menggunakan agel, utk kurus pula!

Menurut upline saya, Exo mempunyai kadar antioksidan yang tinggi berbanding produk lain. Berikut adalah data mengapa kebaikan EXO ini.

exo orac1

Comments (1) »

“Not intended for children, pregnant women and nursing mothers”

Ada mommy yang tanya saya, kenapa dlm pamplet Agel tertera “Not intended for children” atau “Pregnant women and nursing mothers need to consult their doctors.”

Mungkin kita boleh rujuk kembali kepada industri ubat-ubatan di US (sebab Agel origin dari US). Di mana kita akan mendapati banyak isu politik di situ disebabkan syarikat ubat yang menguasai pasaran di sana (drugs company) ingin terus menguasai pasaran. Dengan itu ia memaksakan lain-lain pemakanan tambahan (supplement) ini untuk menulis “Not for children” semata-mata hendak melindungi pasaran ubat mereka.

Ubat yang dikeluarkan mereka pula adalah yang mengandungi dadah yang tentu sekali akan memberikan kesan di pelbagai tahap. Contohnya ubat singulair yang digunakan untuk mengubati penyakit bronkitis (atau untuk menguatkan paru-paru), banyak maklumbalas menunjukkan ia mempunyai kesan kepada tingkahlaku anak-anak.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Agel tidak mengandungi steroid, justeru ia selamat untuk kanak-kanak dan ahli sukan. Dan Agel juga telah terbukti mempunyai kesan yang baik terhadap penghidap kanser, asma dll sebagaimana yang ditulis di dalam testimoni saya (boleh rujuk Kategori Testimoni).

Di Malaysia, Agel dikelaskan sebagai Makanan (bukan Supplement) di mana ia tidak memerlukan sijil KKM. Bagaimanapun Agel mempunyai sijil WADA (World Anti Doping Agency) yang mengesahkannya tidak mengandungi dadah. Justeru ia sesuai untuk ahli sukan, kanak-kanak dan semua.

Saya faham kerana kebanyakan kita sudah terlalu dibiasakan dengan ubat doktor (di mana mengandungi jumlah dadah, walaupun dlm kuantiti yang dibenarkan). Saya pernah diberitahu bahawa ubat doktor ini sebenarnya tidak menyembuhkan, sebaliknya hanya mematikan sel. Justeru di masa hadapan kita bakal berdepan juga masalah kerana terlalu banyak sel yang mati.

Justeru, tidak hairan mengapa ada yang masih ragu-ragu untuk mencuba sebagai alternatif (atau perubatan utama?) dalam kehidupan seharian mereka. Lebih-lebih lagi doktor juga telah mengesahkan tiada ubat yang dapat mengubat sesetengah penyakit, justeru mencuba kaedah lain adalah satu usaha untuk memastikan kesihatan kita di tahap yang optimum.

Bagaimanapun, tidak salah untuk mencuba. Agel telah terbukti selamat untuk bayi, kanak-kanak, wanita mengandung dan wanita yg menyusukan anak. Saya harap tulisan ini akan memberikan anda sedikit sebanyak maklumat untuk anda.

Leave a comment »

Ringkasan kegunaan produk agel

Mungkin ramai yang pening kepala memikirkan produk mana yang perlu diambil. Berikut saya senaraikan penyakit dan produk yang patut digunakan sbg panduan. (Nota: panduan ini hanya diambil berdasarkan pengalaman pengguna dan tiada analisis yang lengkap untuk membuktikannya ia telah benar-benar berkesan. Kesan terhadap individu berbeza).

Sakit tulang, breastfeed (bykkan susu), cramp, sendi, sakit tumit – CAL

Tenaga, breastfeed (bykkan susu) – MIN

Pening kepala, batuk, demam, melawan penyakit kanser – EXO

Selesema, lancarkan susu, melawan penyakit kanser – UMI

Pengurusan berat badan – FIT

Leave a comment »

Shipping Policy

Berikut adalah polisi penghantaran saya.

- Jika stok ada di tangan saya, penghantaran adalah berdasarkan masa pembayaran. Sekiranya pembayaran di buat sebelum jam 4 petang, penghantaran akan dibuat pada jam 5 petang, dan puan-puan akan menerima pesanan pada keesokannya.

- Jika stok tiada dalam tangan saya, tolong berikan masa 3-5 hari untuk barang sampai kepada anda (dari masa pembayaran telah dilakukan).

- Khidmat penghantaran akan menggunakan Nationwide express atau Pos Laju.

Regards

Leave a comment »

Testimoni Pengguna MIN + CAL untuk Breastfeeding

Puan Nurazhani telah berchatting dgn saya (G-talk). Beliau memaklumkan kerisauannya ttg stok susu yang dah semakin sedikit. Saya memberikannya pilihan untuk mencuba MIN + CAL. Berikut adalah maklumbalas beliau selepas menggunakannya.
azhani testimoni bf

 

Alhamdulillah, saya harap ini akan menjadi pemangkin buat semua ibu utk mencuba. Demi anak kita juga.

Regards

Comments (2) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.