Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya dah lama saya daftarkan blog ni, tapi kerana kekangan masa dan idea lama betul saya peramkan sehingga hari ini. Semacam ada semangat pula nak berblog hari ini.

Untuk bermula, saya dedikasikan penulisan blog ini kepada anakanda saya, Muhammad Hakim yang kini sudah 20 bulan usianya. Mungkin akan ada selit-selit cerita-cerita lain, bagaimanapun ia lebih tertumpu kepada perkembangan si kecik itu.

Saya pula masih belum mahir dengan wordpress, kerana sebelum ini menggunakan blogspot. InsyaAllah akan lebih rajin berlatih. Saya juga berazam untuk menulis dengan bahasa yang kemas (tiada bahasa rojak), cuba insyaAllah.

Sudi-sudikanlah melayari blog saya ye!

MamaHakim

Advertisements