Hakim sudah 20 bulan

Hari ini genaplah usia Hakim 20 bulan. Maknanya saya ada 4 bulan lagi untuk lengkap menyusuinya selama 2 tahun. Harap-harap berjaya.

Disepanjang tempoh 20 bulan ini, perjalanan menyusui Hakim memang panjang, penuh cabaran, dugaan dan duit. Ye, meskipun kata orang menyusu sendiri ni menjimatkan kos, tapi pada saya memang jimat, tapi pelaburannya pergi kepada peralatan menyusu (pam, aksesori menyimpan susu), ubat-ubatan untuk menambahkan susu (saya ambil pil fenugreek, habbatus sauda’, Fish oil, cal-magnesium) dan pemakanan tambahan untuk saya (sampai dah makin dipam-pam badan ni). Pemakanan tambahan pula saya ambil air soya, longan, edamame dan sekarang dah tambah Jamu Mak Dara dan Herbalife (ni termasuk untuk pakej kurus)🙂

Bagi saya, bukan senang untuk menyusu sepenuhnya. Ibu kena pastikan badannya cukup bertenaga dan kena pastikan agar susu sentiasa ada. Kadang tu saya buat macam-macam, tak mampu juga nak tambahkan lagi susu. Yg ada ni macam cukup-cukup aje. Namun alhamdulillah Hakim pun memang kurang menyusu bila mamanya tak ada. Bijak Hakim ni. Namun skrg saya dapati JMD mmg sesuai utk saya, makan sebelum tidur, sampai petang esoknya mmg rasa penuh aje susu. Sebelum ni saya takut ambil jamu, takut susu kering, tapi dengan JMD ia berbeza. Cubalah.

Tentang penyusuan ibu ini, saya cukup berterima kasih kepada teknologi IT yang ada skrg, sbb dengan ITlah saya dapat pelajaran ttg penyusuan ibu ini, klik aje, insyaAllah adalah ilmu yang anda hendak. Saya mula-mula mencari maklumat tentang penyusuan ni sejak mengandung 6 bulan gitu, dan masa itu sudah bertekad nak menyusu anak selama yang boleh. Alhamdulillah kata orang dengan semangat, ilmu dan tekad anda pasti berjaya. Ewah..

Pada 20 bulan ini, Hakim dah pandai sembang (bahasa German yang gagal difahami semua orang), sebut 1 perkataan pada satu-satu masa (blm pandai sambung jadi ayat), dah pandai baca buku (juga dlm bahasa german, dia buka buku dan baca) dan paling best dah sunat! Harapnya boleh lihat perkembangannya lagi selepas ini.

Dengan musim penyakit berjangkit sekarang, saya dah dapatkan untuk Hakim ubat homeopathy (bio plus dan minyak habbatussauda’) untuk meningkatkan pertahanan badan. Saya bagaimanapun risau juga sbb kadang-kadang rasa dahi dia panas juga (suam-suam gitu), bila check suhu tak tinggi pun setakat 36.2C je, dan ada masa-masa je dia camtu, kejap lagi takde panas pula. Kenapa ye? Harap takde apa-apalah.

Hujung minggu ini insyaAllah nak hantar Hakim cucuk Pneumakokal pula. Selepas raya cucuk 18 bulan. Hari tu tak jadi cucuk 18bulan sbb masa tu Hakim batuk selesema. Dr kata tunggu dia sihat. Pas dia sihat hantar dia sunat dulu, tunggu dia sihat lagi. Tp saya pentingkan dulu suntikan Pneumakokal, jadi akan buat yang tu dulu. Takde aral, lepas raya suntik 18 bulan pula.

Semua ni adalah usaha-usaha untuk mendapatkan yang terbaik buat Hakim, atas pertimbangan saya dan babanya. Mungkin ada yang kurang sesuai tetapi bagi kami, kami adalah ibu bapa yang sentiasa belajar. Belajar dari orang, belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan dan belajar dari guru. Apapun kami tidak akan berputus asa untuk menjadi ibu bapa yang terbaik.

Salam sayang.

2 thoughts on “Hakim sudah 20 bulan

  1. Salam Anah,
    Congrats Ana for breastfeeding. Like you, dulu mmg berkeje keras nak tambahkan susu. Frequent pumping, amik ubat/herbs etc. Penat mmg penat!! Tapi demi kebaikan anak. Bila Emira menyusu badan, immune system kuat, jarang demam. For myself dulu, I find that susu+oat yg paling mujarab for me tambahkan susu. Keep it up Anah!!🙂

    • Thanks for dropping by Ilin.
      Betul, memang terkejar-kejar kan tp berbaloilah dengan perkembangan kesihatan dia dan perkembangan dia sendiri. Untuk pemakanan, setiap hari oat memang anah tak tinggal ilin, sbb anah percaya oat blh mengurangkan kolesterol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s