Kebaikan belajar sambil bermain kepada kanak-kanak

Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya (samada di rumah, di playground etc), memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain.

Meneroka keadaan sekelilingnya

Dengan bermain, kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain, mereka akan dapat membina pola dan membina skema mereka sendiri. Terutama bagi kanak-kanak bertatih, mereka akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling.

Membina Skil fizikal

Terdapat dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya kemahiran motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti melompat, berbasikal, naik turun tangga, memanjat, menari, bergayut dan lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini seperti menguntai manik, bermain pasir, menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal.

Kedua-dua kemahiran ini perlu seimbang supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.

Membina Kemahiran Kognitif

Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak yang kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang daripada aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang penting adalah seperti penyelesaian masalah (contoh aktiviti: permainan blok, membina istana daripada pasir dsb), kreativiti (lukisan, tarian), fokus, ingatan dan inovasi.

Membina kemahiran emosi

Untuk menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang stabil. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan org lain, meluahkan perasaan sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.

Membina kemahiran sosial

Kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa. Bagaimanapun kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai2 murni daripada situ.

Advertisements

Teori-teori pendidikan: Behaviorist vs Constructivist

Ura-ura peperiksaan UPSR dan PMR hendak dimansuhkan sebenarnya disambut gembira dan meriah oleh saya sendiri (dan saya percaya orang lain juga!). Ini kerana banyak penambahbaikan telah dibuat pada level pra sekolah, tetapi banyak telah terbantut gara-gara sistem pelajaran yang lebih berorientasikan peperiksaan!

Di bawah saya paparkan sedikit artikel berkenaan teori behaviorist dan constructivist. Untuk kesimpulan:

Behaviourist

Bersifat teacher-centered (apa yg banyak dilaksanakan di peringkat sekolah dan tadika (some of them) yg mana semua info daripada guru semata-mata. Kaedah drilling tu banyak guna kaedah inilah. Sebenarnya kaedah behaviorist ni boleh juga digunakan, tetapi pada masa guru hendak mengajar topik baru sahaja.

Constructivist

Bersifat student-centered, pelajar diberi peluang untuk membuat sendiri dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri serta bahan2 pembelajaran disediakan oleh guru.

Kedua-dua kaedah inilah yang akan digunakan dalam Al-Baghdadi Playtime dimana:

1. Guru akan mengajar berkenaan topik terlebih dahulu.

2. Pelajar akan diberi peluang mencuba (menggunakan alat ketuk dan lain-lain peralatan).

3. Pengukuhan melalui aktiviti permainan.

Mengapa aktiviti permainan?

Kerana kanak-kanak dari umur baru lahir hingga 8 tahun lebih efektif belajar melalui bermain.

Sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Learning_theory_(education) untuk lanjut tentang teori pendidikan.

Al-Baghdadi – Teknik membaca Al-Quran Alaf Baru?

Assalamualaikum

Memang agak lama saya tidak update blog ni (memang lama yg amat!) akibat kesibukan dengan belajar ni (alasan ka?). Tapi memang betul pun, saya bekerja 8.30am – 5.30 petang daripada Isnin hingga Jumaat dan hari Sabtu pula sehari suntuk saya ada kelas.

Sebetulnya sekarang saya di semester akhir Dip Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak (alhamdulillah dah nak habis!). Saya memang merindui hari sabtu yang kosong.

Sedikit itu saja berkenaan kehidupan saya. Apa yang nak saya kongsikan di sini ialah satu kaedah baru pengajaran membaca Al-Quran (orang2 dulu sebut sebagai mengaji).

Teknik ni diperkenalkan kepada saya oleh junior saya semasa di UTP dulu. Dan rupa2nya beliau salah seorang penggubal kad al-baghdadi ni bersama-sama pengasasnya Ust Jalal. Saya mengikuti kursus perunding Al-Baghdadi dengan jayanya 2 bulan lepas. Dan saya juga telah mencuba kaedah ini dengan anak2 saudara saya.

Teknik Al-Baghdadi ini adalah berkenaan bunyi. Dan ia menggunakan satu alat ketuk utk mendisiplinkan bunyi (maknanya kalau takde alat ketuk, boleh juga baca, tp susah sikit nak disiplinkan bunyi). Teknik ini sebenarnya dah agak terkenal, cuma saya sedang mencuba utk menjadikannya AL-BAGHDADI PLAYTIME.

Set al-baghdadi ni ada:

ni buku tamhid

ni pula alat ketuk

ini pula set kad al-baghdadi yg direka khusus utk kanak-kanak

Apa pula playtime (lebih terkenal dgn nama playgroup)?

Definisinya (mengikut http://www.ldoceonline.com/Pre+School-topic/playgroup)

play‧group , play group [uncountable and countable]

1 British English a type of school where children between two and four years old meet to learn and play [= preschool American English]

a playgroup at the community centre

2 American English a group of children, usually between two and four years old, whose parents meet each week so that the children can play together.

Jadi berdasarkan definisi di atas, playgroup yang ingin saya laksanakan ini merangkumi:

1. Adalah satu sesi kanak-kanak di antara 4 – 8 tahun untuk belajar dan bermain ke arah keupayaan untuk membaca Al-Quran. (umur kurang 4 tahun pun boleh, tapi seboleh-bolehnya pastikan anak-anak sudah boleh bercakap lancar).

2. Ia merangkumi 52 jam silibus (seboleh-bolehnya 3 jam seminggu) yang mana silibusnya di ambil daripada teknik Al-Baghdadi sendiri.

3. 1 jam pembelajaran merangkumi: 30 minit pembelajaran + 30 minit main = 1 jam

4. Kaedah permainan yang dimasukkan ini akan menjadikan kanak-kanak enjoy, seronok dan tidak jemu belajar Al-Quran (berbeza dengan kaedah tradisional).

5. Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membina dan memantapkan tahap kognitif (merangkumi kreativiti, inovasi, menyelesai masalah, ingatan dan fokus) di mana kaedah tradisional (secara drilling) tidak mampu memenuhinya.

6. Memberikan peluang untuk memaksimakan kebolehan kanak-kanak dari segi motor halus dan motor kasar, skil sosial dan emosi kerana playgroup adalah berkaitan dengan perkumpulan, justeru mendedahkan mereka kepada kawan-kawan, tolak ansur dan bekerjasama.

7. Kumpulan yang kecil (nisbah guru:pelajar adalah 1:10) sebagaimana disarankan dalam kualiti pendidikan awal kanak-kanak (semakin muda umur seseorang kanak-kanak, semakin kecil bilangan ahli kumpulan).

Memandangkan saya bekerja, masa adalah sangat terbatas terutama perlu meluangkan masa sebaik mungkin dengan anak bujang saya yg baru berumur 2.5 tahun itu. Buat masa ini saya akan mengendalikan kelas setiap Isnin malam jam 8 malam di kediaman saya.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut, 012-2195919.

Raihanah