tips menyusu semasa outstatio

 
Menyusukan anak bagi ibu bekerja mungkin agak terhad, lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai jadual bekerja yang tidak tetap, atau jadual yang senantiasa padat. Misalnya ibu yang bekerja shift, yang selalu stand-by, kerja di kaunter, dan sebagainya. Tak lupa juga ibu yang selalu travel. Tidak boleh menyalahkan mereka jika mereka memilih susu formula, di samping memberi susu badan di waktu malam (atau waktu2 mereka bersama bayi), kerana tuntutan kerja yang tidak tetap; mungkin juga sokongan yang tidak begitu mantap menyebabkan ibu2 ini selesa dengan ‘support’ daripada susu lain.
 

Sokongan adalah penting bagi ibu-ibu yang menyusukan, terutama ibu bekerja. Mana taknya, bukan senang nak ‘mengosongkan’ payudara. Yang cepat letdown, 10 minit mungkin dah cukup. Yang lambat mungkin 30 minit atau hampir sejam. Kalau kerja yang selalu kena ‘available’ mungkin susah lah nak hilang lama-lama. Walau bagaimanapun, tidak mustahil, yang penting… carilah sokongan yang betul. Jangan pulak sokong bawa rebah.
Saya baru pulang dari outstation ke Sarawak selamat 1 hari 1 malam. Walaupun teman2 ambil flight KUL-MYY yang lebih awal (jam 1.30 tghr) tapi saya ambil last flight (jam 8.40 malam) supaya sempat berikan susu perahan kepada suami untuk dibawa pulang. Sebab outstation sekejap je, so sebolehnya taknak la di-hassle-kan dengan angkut susu ke sana sini. Walaupun akan sampai ke Miri pada tengah malam tapi takpe, insya-Allah takde masalah. (Thanks Sis Adda!)

Walaupun adalah sedikit benda tak berapa bijak berlaku… (1) tak caj Medela Freestyle pada malam sebelum departure tu, (2) bawa charger tapi kepala dia tak bawak, LOL. macam bawa sudu tapi tak bawak bekas bekal. Akhirnya terpaksa mengepam dalam keadaan berjaga-jaga ‘janganlah-bateri-yang-dah-kelip2-ni-tiba2-padam’. Syukurlah ia cuma padam the next morning.. itupun dapat pam 2 kali saja sepanjang malam T___T [MORAL: Pastikan pam anda sentiasa fully charged sebelum outstation].
Syukur ada member2 yang guna Freestyle jugak. Cheq telah meminjamkan chargernya!^_^!V

Disebabkan outstation ni cuma 1 malam saja, saya cuma membawa Fridge-to-Go saja. Kalau lama sikit mungkin kena beli (belum beli lagi) icebox yang besar sikit tu.

fridge to go
Sekarang yang ini cukup
ice box
Mungkinkah nanti perlukan yang gedabak itu?
 
Disebabkan meeting bermula jam 10 pagi, jadi saya habiskan masa dengan mengepam di bilik pumping yang disediakan. Yess, itu adalahBREASTFEEDING ROOM yang saya – jumpa GM – bagi proposal. Alhamdulillah now ia adalah stesen ibu-ibu yang menyusukan ni.. Read here tentang MY Breastfeeding Room.
Apabila berjauhan dengan anak yang menyusu badan ni.. ya memang kena rajin mengepam. Saya telah meninggalkan 25 bekas x 4oz (100 oz) susu untuk bekalan Danny, dengan perkiraan… sepanjang jam 8-6 (10 jam) ditinggalkan, beliau minum 5 x 4 oz (20 0z) susu, jadi bila saya tinggal selama 2 hari satu malam (35 jam lebih kurang), sepatutnya dia minum 5 x 3 + (5/2) = 18 bekas. Sebagai contigency, saya tinggalkan lagi extra 7 bekas. Jadi target saya sekurang-kurangnya dapat mengganti semula stok yang saya tinggalkan di taska (anak2 saya bermalam di taska).
 
Selesai mesyuarat, saya mengepam sebelum bergegas ke pejabat konsultant dan ke airport. Di airport dah tak sempat nak pam (tak ada tempat yang sesuai sebab dah boarding). Di dalam kapal terbang juga tak dapat nak pam sebab motor pam saya berada dalam beg pakaian dalam tempat simpanan di atas[LESSON LEARNT: kena bawa beg khas untuk semua gadget2 pumping ni. Saya tu sebab taknak masuk kargo, so bawa 2 hand luggage je – beg pakaian dengan FTG]. Maka tak dapatlah mengepam dalam plane. Lalu saya pam dalam ERL.
 
Akhirnya berjaya juga sediakan 22 bekas (short 9 bekas tapi takpelah, good job oredy. Bukan senang nak mengepam bila ‘dalam pelarian’). Alhamdulillah, selamat juga sampai susu untuk bekalan Danny keesokan harinya.
susu ibu
Tips bawa susu ibu untuk penerbangan domestik:
  1. Tiada masalah untuk bawa susu ibu jika anda terbang dengan MAS. Syarikat lain saya tak pasti sebab tak ada pengalaman. Bawak masuk berlenggang je.
  2. Bawa masuk susu ke dalam kapal je kalau sikit2 tu. Senang nak manage.
  3. Hah, itu je kot. So far tak ada la pula nak kena buat apa-apa.

Untuk perjalanan pulang, saya telah mendapatkan ais dari kafe (mujo dia kasik FOC je) dan penuhkan dalam FTG tu. Di samping itu ada juga chiller yang saya bawa dari rumah. Alhamdulillah selamat semuanya.

Tips menjaga susu ibu untuk perjalanan singkat:
  1. Limitkan masa membawa susu. Susu yang diperah di pejabat, tak perlu bawa (kecuali memang terpaksalah). Kalau ada orang boleh tolong bawa balik simpan di rumah, itu lebih baik.
  2. Tak perlu bekukan kerana susu yang tidak beku boleh tahan selama 2-5 hari di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun,mini fridge di hotel tak sejuk sangat, suhunya seperti insulated cooler sahaja, kalau lebih 24 jam nak tinggal di situ, minta tumpang dalam fridge hotel.
  3. Sebolehnya cari peti sejuk untuk simpan susu yang diperah.
    susu ibu perahan
  4. Susu ibu yang disimpan dalam insulated bag/ice box/FTG; provided diisi dengan icepack/chiller/ais yang mencukupi, boleh bertahan selama 24 jam.
  5. Dapatkan ais dari kedai/kafe terdekat dan taburkan sedikit garam supaya ia lambat mencair.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberi saya pengetahuan tentang penyusuan ibu dan pengurusannya, walaupun saya bekerja sepenuh masa, dan menguruskan rumahtangga sendiri; saya masih menyusukan baby Danny selama 3 bulan setengah secara eksklusif. Begitu juga dengan abang-abangnya yang hingga sekarang pun masih menyusu dari saya.

Saya harap ibu-ibu baru yang ingin menyusukan anak secara ekslusif, dapatkan sokongan dari mereka yang sepatutnya, dan banyakkan membaca blog2 pengalaman ibu2 lain, terutama ibu bekerja tentang pengalaman mereka menyusukan anak masing-masing.

Tapi, to be honest, sekarang ni saya lebih neutral terhadap apa saja feeding yang ibu-ibu decide untuk anak mereka. Especially ibu-ibu yang ‘campur’ susu.. you’re still the best sebab masih gigih menyusukan walaupun dah supplement dengan formula. & lebih best lagi yang berusaha untuk menyusukan anaknya sepenuhnya dengan susu ibu meskipun sekian lama anaknya ber’formula’. You earn my respect ^:^

Walau bagaimanapun, janganlah marah pada ibu-ibu yang ‘obses’ breastfeeding. Mungkin mereka ibu-ibu baru yang masih teruja dengan penyusuan ibu. Yeah, memang teruja bila kita buat benda yang tak semua orang buat. Rasa best, OK. I’ve been there, done that. HaHaHa.
So, ibu-ibu lain ada nak tambah? Mungkin pengalaman yang lebih hebat ;)

7 Kriteria Dalam Pemilihan Protein Berkualiti & Terbaik

Image

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama hormon manusia. Ia juga MERANGSANG fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan PROTIN. 

Kekurangan protin menyebabkan:
~kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, ~masalah LEBIHAN AIR YANG TINGGI dalam badan, 
~keHILANGAN KEPEJALAN otot
~ perubahan warna rambut
~bantut pertumbuhan
~ masalah penghadaman
~ masalah penghasilan darah dan hormon
~ PALING CRUCIAL: boleh membawa kepada KEGAGALAN FUNGSI ORGAN

Image

Fungsi protein untuk tubuh manusia adalah sangat besar. Banyak dari proses pertumbuhan tubuh manusia dipengaruhi oleh protein yang terkandung di dalam tubuh kita.
  1. Kandungan protein dalam tubuh manusia mencapai 1/6 dari berat tubuh manusia. 
  2. Protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh.(kulit, rambut,kuku, otak, organ, saraf, dan banyak lagi)
  3. Untuk menjaga kekebalan tubuh melalui sistem imuntitubuh.Antibodi tubuh dihasilkan daripada protein.
  4. Protein diperlukan untuk membina bahan senyawa kimia sepertienzim dan hormon  yang berperanan penting dalam mengatur berbagai proses yang terjadi di dalam tubuh. 
  5. Protein digunakan sebagai bahan bakar apabila keperluan energi tubuh tidak dipenuhi oleh karbohidrat dan lemak. (contohnya semasa kebuluran).
Apakah sumber protein yang baik?
Terdapat dua jenis protein dari sumber makanan iaitu:
  1. Protein kelas pertama – iaitu yang mengandungi kesemua 9 rantai asid amino perlu. Contoh protein ini ialah daging, ikan, ayam dan kacang soya.
  2. Protein kelas kedua – semua protein dari sumber tumbhan kecuali kacang soya.
Kacang soya adalah sumber protein yang sangat baik kerana
  1. mengandungi dua kali lebih  protein dari daging, 
  2. 4 kali lebih protein dari telur
  3. 12 kali lebih dari  protein susu. 
  4. rendah lemak, 
  5. tanpa kolesterol 
  6. mudah diserap oleh badan manusia.

Image

Justeru, bagaimana memilih protein berkualiti dan terbaik? Berikut adalah 7 kriteria yang boleh dijadikan panduan untuk memilih protein berkualiti di pasaran:

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian… toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone….. up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan Soy yang mentah mengandungi “anti-growth”, “anti-tyrosine” substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Kelebihan ESP

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yg konsisten
  • Protein Soya membantu mengurangkan kolestrol
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian dan isoflavones soya. Kajian menunjukkan yg soya membantu mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan dibawah satu program digelar Identity Prservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah saat pemprosesannya.

Image